Retrospektif al-Risālah: Falsafah Tarbiah Islam Di Sisi Ibn Abī Zayd al-Qayrawānī

RM27.00

SKU: 9789672158059 Categories: ,

Description

Retrospektif al-Risālah: Falsafah Tarbiah Islam Di Sisi Ibn Abī Zayd al-Qayrawānī

Pengarang: Mohammad Syafiq Ismail

ISBN: 9789672158059

Tahun terbit: Mac 2018

Jumlah muka surat: 122 (xvi+106)

Harga: RM27.00

Pendidikan, dinihari, menyaksikan perubahan dan anjakan demi anjakan paradigma, yang perlukan kepada untuk kita mengundur setapak ke belakang melihat semula pendidikan yang dilakukan, menilai sejauh mana tapak kita bisa kukuh berurat nadi dalam lipatan sejarah memanusiakan manusia. Pendidikan adalah pendidikan untuk membebaskan, merujuk Paulo Friere, dengan mendidik suara-suara agar berani kritis kepada sebarang kepincangan. Maka, pendidik sebenarnya, bertugas untuk masa depan. Dia tiada masa untuk dirinya, mengorbankan diri demi secebis harapan agar masa depan lebih cerah, buat anak-anak didiknya, lebih cerah daripada yang sedang dihidupinya; dialah manifestasi rahmat Allah kepada alam.

Risalah ini merupakan usaha mencerap makna Falsafah Tarbiah Islamiah secara am, dan seterusnya membahas makna Tarbiah Islamiah daripada karya Risālah Imām Abū Muhammad, ‘Abdullāh Ibn Abi Zayd al-Qayrawānī al-Mālikī raḥimahullāh (lahir tahun 310H di Kairouan – lantaran itu dinisbahkan al-Qayrawānī), salah seorang daripada silsilah mata rantai perjuangan hak, yang menjulang kemanusiaan manusia agar tidak tunduk kepada selainNya, yang beribadat dengan memakmurkan dunia. Beliau meninggal dunia pada tahun 386H, ketika berusia 76 tahun.

Additional information

Weight 0.1 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Retrospektif al-Risālah: Falsafah Tarbiah Islam Di Sisi Ibn Abī Zayd al-Qayrawānī”

Your email address will not be published. Required fields are marked *