Pendidikan Islam: Dari Tradisional ke Moden

RM30.00

Out of stock

SKU: 978-967-2158-39-4 Category:

Description

Pengarang: Dr Mohd Rumaizuddin Ghazali

ISBN: 978-967-2158-39-4

Tahun terbit: Mac 2019

Jumlah muka surat: 206

Harga: RM30.00

Tujuan pendidikan agama Islām ialah menjadikan agama itu sesuatu yang bernilai pada diri para pelajar. Ertinya ialah ajaran Islām yang diajar kepada para pelajar itu ada memberikan kesannya kepada tingkah laku dan keperibadian dalam interaksi sosial mereka. Sekiranya kesan itu tidak nampak maka bermakna kita belum lagi dikira berjaya dalam mengendalikan pendidikan agama kita. Pendidikan Islām bukan sahaja mempelajari sukatan pelajaran yang disediakan dan memahami nas-nas tetapi keupayaan yang membolehkan seseorang membentuk akhlak dan moral yang tinggi yang seharusnya diamalkan dalam hidup seharian. Dengan demikian, maksud dan matlamat utama mengajar pengetahuan Islām di sekolah dan universiti ialah untuk membentuk akhlak para pelajar dan mahasiswa, memupuk rasa keamanan dan ketenteraman jiwa yang dapat mengatasi segala kemusykilan yang biasa dihadapi dalam hidup mereka.

Buku ini mensyarahkan tentang Pendidikan Islam, daripada aspek pembudayaan ilmu dalam Islam, tujuan pendidikan dalam Islam, sehinggalah kepada model institusi pendidikan Islam dalam sejarah Islam, daripada institusi pendidikan awal kanak-kanak kepada institusi pendidikan tinggi, sejak dari zaman tradisional sehinggalah ke zaman ini.

Additional information

Weight 0.2 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Pendidikan Islam: Dari Tradisional ke Moden”

Your email address will not be published. Required fields are marked *