Langkah-Langkah Mendekati Ilahi: Sharaḥ al-Ḥikam Ibn ‘Aṭā’illāh al-Sakandarī

RM35.00

SKU: 978-967-2158-04-2 Category:

Description

Langkah-Langkah Mendekati Ilahi: Sharaḥ al-Ḥikam Ibn ‘Aṭā’illāh al-Sakandarī

Pengarang: Dr. Jasser Auda

Penterjemah: Muhammad Suhaimi

ISBN: 978-967-2158-04-2

Tahun terbit: Mac 2018

Jumlah muka surat: 210 (xxii+188)

Harga: RM 35

Sememangnya karya seumpama Sharaḥ al-Ḥikam Ibn ‘Aṭā’illāh dengan pendekatan kontemporari ini amat dinantikan oleh ummah secara umumnya buat memahami persoalan yang berkait khusus berkenaan sudut amalan jiwa dalam membina struktur masyarakat yang shari‘atik, berfungsi baik dan stabil, malah faham yang benar tentang peranan hati dalam beragama dan beragama malahan juga pelengkap kepada pembinaan keagungan sesuatu bangsa, kerana hati, jiwa dan roh adalah elemen yang menjadi prasyarat kepada konsistensi dan kualiti sesuatu kerja.

Perbahasan buku ini juga bertujuan memberikan sumbangan kepada skop ijtihād maqāṣid, melalui tafakur terhadap makna-makna dan maksud-maksud sebahagian sifat Allah ‘azza wa jallā dengan kaedah syarah yang diselarikan dengan sebahagian kata-kata hikmah al-Imām Ibn ‘Aṭā’illāh al-Sakandarī – raḥimahullāh – yang dinukilkan dalam magnum opusnya – al-Ḥikam.

Justeru, terjemahan buku ini diusahakan, daripada syarahan asal oleh Dr. Jasser Auda, Journey to God: Reflections on the Words of Wisdom of Ibn Ataa‘ bagi melihat sisi Maqasid Shari‘ah yang bersangkutan dengan jiwa ini diekspresikan dalam Bahasa Melayu agar ia dapat memberikan manfaat kepada khalayak yang lebih besar di Malaysia.

Additional information

Weight 0.3 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Langkah-Langkah Mendekati Ilahi: Sharaḥ al-Ḥikam Ibn ‘Aṭā’illāh al-Sakandarī”

Your email address will not be published. Required fields are marked *